Hebahan

Portal PPD Jempol Jelebu Sedang Diselenggara . . . Portal PPD Jempol Jelebu Sedang Diselenggara . . . Portal PPD Jempol Jelebu Sedang Diselenggara . . .
  • Tarikh Kemaskini: Wednesday 26 June 2019, 03:39:18.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulliah, bersyukur ke hadrat Allah yang memberikan segala nikmat dan melimpahkan rahmat bagi memudahkan segala urusan pekerjaan kita.

Tahun 2015 merupakan cabaran yang besar kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk PPD Jempol dan Jelebu bagi melaksanakan dan menjayakan fasa terakhir Gelombang 1 (2013-2015) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Marilah kita merapatkan barisan serta memperkukuhkan iltizam untuk menzahirkan inspirasi murid dan aspirasi sistem bagi memenuhi aspirasi negara yang tercinta.

Kita mesti membina imej PPD Jempol dan Jelebu terutama dalam meningkatkan pencapaian akademik di daerah ini khususnya dalam peperiksaan awam. Peranan kita sangat berat dalam memastikan sekolah-sekolah di daerah ini mendapat bimbingan yang sewajarnya daripada semua pegawai bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam semua aspek. Amalan cekap dan berintegrasi perlu dipupuk dalam diri kita sewaktu melaksanakan tugas yang dituntut agar pantas bertindak dan sentiasa tepat serta betul. Kita perlu bekerja seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa (no more business as usual) untuk mendapat hasil yang berkualiti. Semua pegawai perlulah merancang program yang memberi impak tinggi kepada guru dan murid agar dapat memaksimumkan manfaat peruntukan kewangan demi memantapkan transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.

Hal ini selaras dengan sasaran untuk pembangunan murid yang membolehkan mereka bersaing di peringkat global dengan pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai PPD Jempol dan Jelebu kerana telah berusaha melakukan pelbagai perancangan untuk menghadapi cabaran pendidikan tahun 2015.

 

Dasar Kualiti MS ISO 9001:2015

EKSA DI PPD

PEPERIKSAAN