Pengenalan

Sebahagian daripada pegawai PPD Jempol dan Jelebu tahun 2016 yang diketuai oleh Tuan Hj. Mohd. Sazali bin Hj. Sam

 

Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu mula diwujudkan pada 2 Januari 1998. Pada peringkat awalnya pejabat pelajaran ini yang lebih dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Daerah Cawangan Jempol merupakan cawangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu. Encik Dini bin Jamin telah dilantik sebagai Penolong PPD Cawangan Jempol yang pertama dan dibantu oleh 4 orang pegawai yang dipinjamkan secara pentadbiran iaitu En. Hazamudin Jaafar, En. Ismail Sharif, En. Mohd Nor bin Deman, Cik Siti Isalmezal (Pegawai Prasekolah) serta seorang PTR Cik Norhawati Mukdan. Penstrukturan semula PPD pada tahun 2003 telah mengubah senario pengurusan PPD di seluruh Malaysia. Sehubungan itu PPD KPJJ telah berpecah dua. PPD Kuala Pilah telah menjadi satu PPD dan bergerak secara sendirian, manakala PPD Jempol dan Jelebu digabungkan menjadi satu PPD. Tuan Haji Baherin bin Sihat, iaitu pengetua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu yang pertama (memulakan tugas pada 28 Julai 2003).

Dasar Kualiti MS ISO 9001:2008

EKSA DI PPD

PEPERIKSAAN