UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN

  1. Memastikan dan melaksanakan prosiding tindakan tatatertib dijalankan dengan telus, teratur dan sempurna mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
  2. Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada semua pelanggan mengenai prosiding tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
  3. Melaksanakan analisa perakuan dan aduan daripada sekolah atau unit berkenaan tatakelakuan pegawai yang dilaporkan terlibat melanggar peraturan tatatertib pegawai awam dalam tempoh minimum sebulan daripada laporan lengkap diterima mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.
  4. Melaksanakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatam Pendidikan Kumpulan Sokongan (No. 2), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sebanyak sepuluh (10) kali setahun dengan tempoh perlaksanaan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sekali mesyuarat
  5. Menguruskan pengesahan Perisytiharan Harta melalui sistem HRMIS semua pegawai di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri untuk diambil maklum oleh Pengarah Pendidikan Negeri dalam tempoh dua (2) minggu daripada penerimaan dalam sistem
  6. Merekod maklumat perisytiharan harta pegawai peringkat sekolah (SMK PTJ sahaja) dan Pegawai Pendidikan PPD yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing
  7. Menguruskan permohonan untuk melakukan pekerjaan luar,pekerjaan luar sebagai guru tuisyen/tenaga pengajar sambilan, memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran/Daerah/Jawatankuasa Kecil Kemajuan kampung (JKKK) dan mendapatkan kebenaran untuk memohon dan memiliki tanah kerajaan/saham/syarikat perniagaan persendirian oleh pegawai di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri untuk makluman atau kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap sebelum dipanjangkan ke pihak Kementerian bagi tujuan mendapatkan kelulusan
  8. Menguruskan permohonan untuk memegang jawatan/mengambil bahagian dalam aktiviti politik oleh pegawai di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri untuk penyediaan perakuan bagi kelulusan KSU, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh penerimaan permohonan lengkap bagi Gred DG41 dan ke atas. (bagi kumpulan sokongan, kelulusan adalah  di bawah Jabatan Pendidikan Negeri)
  9. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti Tadbir Urus (JITU) peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sebanyak tiga (3) kali setahun.
  10. Membantu dalam pelaksanaan program-program pembangunan sumber manusia berkaitan   etika, tadbir urus dan integriti penjawat awam anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi kerajaan lain.

Media

Galeri Gambar


Galeri Video


Ulasan Buku


Aplikasi Utama

1GovUC (Emel Rasmi)


e-Gerak (Pergerakan Pegawai)


e-Kesihatan-Kesihatan (Unit Psikologi & Kaunseling)


SPL KPM (Rekod Kursus Pegawai)

______________________________________________________________________________________________________________________________________

e-Gerak (Pergerakan Pengetua dan Guru Besar)

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Maklumat Asas Sistem Internet

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Sistem Eventori ICT Sekolah Daerah Kuala Pilah

JSN Dome template designed by JoomlaShine.com