UNIT KEWANGAN
- Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi menyedia dan mengemaskini belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
- Mengagihkan Waran Pertama Peruntukan Belanja Mengurus kepada semua PPD dalam tempoh 10 hari selepas menerima Waran Am.
- Menguruskan permohonan pindah peruntukan (viremen) dan tambahan peruntukan di peringkat Pegawai Pengawal.
- Memproses Permohonan Pakej dalam tempoh 40 hari dari tarikh program dilaksanakan.
- Memproses dan meluluskan Pembiayaan/Pinjaman Kenderaan melalui Skim Pinjaman Kenderaan (melalui bank) dalam tempoh 30 hari.
- Memproses dan meluluskan Pembiayaan Komputer dalam tempoh 10 hari.
- Memproses dan memperaku Pendahuluan Diri Gaji tempoh 7 hari.
- Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan jabatan dan menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
- Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga.
- Memproses Waran Perjalanan Udara dan permohonan mengunjungi wilayah
- Menyelaras dan memantau prestasi perbelanjaan bulanan Jabatan bagi memastikan peruntukan yang diterima dapat dibelanjakan secara optimum dan berhemah.
- Mengawalselia pelaksanaan polisi-polisi kewangan, arahan dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa