OBJEKTIF UNIT HAL EHWAL MURID


  1. Memastikan supaya segala urusan dan pentadbiran bagi kebajikan murid-murid di negeri ini berjalan dengan sempurna, sistematik dan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
  2. Melahirkan murid- murid yang berkemahiran dan memahami potensi diri, mampu menentukan hala tuju diri dan mampu memberi sumbangan bagi kesejahteraan masyarakat bangsa dan negara.
  3. Menuju ke arah “Kecatatan Sifar” (Zero Defect) dalam hal-hal disiplin dan tingkah laku negatif pelajar.
  4. Menentukan pengagihan yang seadil-adilnya dalam pemberian Biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu 1 Malaysia,  Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).  Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  5. Menyelia dan meningkatkan suasana yang harmoni, selesa dan kondusif untuk pembelajaran murid-murid asrama sekolah.
  6. Memastikan mutu kesihatan murid sentiasa memuaskan melalui Rancangan Makanan Tambahan / Program Susu 1 Malaysia, Kebersihan Dewan Makan Asrama dan Kantin Sekolah.
  7. Memastikan tindakan segera yang sewajarnya diambil oleh pihak sekolah dan lain-lain agensi untuk menangani hal-hal kebajikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan murid.
  8. Menyelaras dan memajukan hubungan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Badan-badan Sukarela  yang ada kaitan dengan Hal Ehwal Murid.
  9. Meningkatkan bidang profesional guru-guru dalam aspek menangani perkara-perkara yang ada kaitan dengan hal ehwal murid.
  10. Memperkemaskan struktur Unit Hal Ehwal Murid dari segi pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilai

 

OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM

Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah matlamat utama gerakerja kokurikulum. Objektif gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah :

  1. Mempertingkatkan kompetensi pengurusan kokurikulum.
  2. Mewujudkan peluang kepada murid mengembangkan bakat dan potensi kepemimpinan.
  3. Menanam sikap positif, nilai-nilai murni dan membangkitkan semangat patriotik dan integrasi kaum secara berterusan.
  4. Meningkatkan aktiviti penyelidikan bagi tujuan memperkaya ilmu pengurusan kan kepemimpinan dalam bidang kokurikulum.
  5. Meningkatkan penggunaan infrastruktur kokurikulum kepada warga sekolah.
  6. Membudayakan kokurikulum.

 

OBJEKTIF PUSAT KOKURIKULUM NEGERI (PUSAKO)

  1.  Menyediakan prasarana dan kemudahan kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti Pendidikan luar
  2.  Memberi peluang kepada lebih ramai pelajar terlibat dalam aktiviti di Pusat Kokurikulum
  3.  Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam kelas
  4.  Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi diri
  5.  Memantapkan disiplin dan sahsiah diri pelajar
  6.  Menguruskan kewangan Pusat Kokurikulum untuk dimanfaatkan kepada pelajar dan dibelanjakan pada tahun semasa

 

 

Media

Galeri Gambar


Galeri Video


Ulasan Buku


Aplikasi Utama

1GovUC (Emel Rasmi)


e-Gerak (Pergerakan Pegawai)


e-Kesihatan-Kesihatan (Unit Psikologi & Kaunseling)


SPL KPM (Rekod Kursus Pegawai)

______________________________________________________________________________________________________________________________________

e-Gerak (Pergerakan Pengetua dan Guru Besar)

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Maklumat Asas Sistem Internet

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Sistem Eventori ICT Sekolah Daerah Kuala Pilah

JSN Dome template designed by JoomlaShine.com