Dialog Prestasi Daerah

dp1

Dialog Prestasi Daerah 
Pejabat Pendidikan Daerah Rembau
DTP

Latihan Dalam Perkhidmatan

ldp1

Taklimat Pengurusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (PK17) & Taklimat Tindakan Pembetulan dan Pencegahan (PK11)
Latihan dalam Perkhidmatan

KERTAS KONSEP PROGRAM

1.0 PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP) TAHUN 2016

1.1       NAMA PROGRAM

Program Transformasi Daerah (DTP) PPD Rembau 2016

1.2       MATLAMAT :

Memantapkan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti, penetapan dan pengukuran KPI serta kewangan Program Transformasi Daerah ke arah yang ebih sistematik, terurus dan berimpak positif dalam mempertingkat kualiti pendidikan sekolah-sekolah dalam kawalan PPD Rembauyang diukur mela.

1.3       RASIONAL

PPD Rembau berupaya meningkatkan kualiti pendidikan sekolah-sekolah dalam kawalannya dengan cara:

  • merancang dan melaksana intervensi yang menepati keperluan sekolah untuk menangani pelbagai isu dan cabaran.
  • Menyedia sokongan kepada pengetua/guru besar dengan mewujudkan komuniti pembelajaran professional, diketuai oleh seorang pengetua/guru besar yang teguh.
  • Memberi sokongan kepada guru dengan mengutamakan masa pengajaran dan pembelajaran guru.
  • Memberi sokongan kepada murid melalui program intervensi kehadiran dan displin murid.

 

1.4      OBJEKTIF :

1.4.1 Untuk meningkatkan peranan baharu pegawai PPD sebagai rakan sokongan sekolah yang:

a.     mengupayakan kepimpinan pendidikan di peringkat PPD.     Pegawai di PPD Rembau bertanggungjawab secara langsung kepada semua sekolah dalam daerah.

b.     menjadikan PPD sebagai barisan hadapan yang menyokong peningkatan prestasi sekolah. PPD Rembau akan terlibat secara langsung dengan sekolah untuk melatih, membimbing dan memantau prestasi sekolah

c.     menyediakan KPI bagi memastikan pencapaian matlamat di semua sekolah rendah dan menengah.

d.     mewujudkan kerjasama antara organisasi pendidikan melalui perkongsian amalan terbaik.

e.     mengutamakan pengagihan sumber kepada sekolah yang paling memerlukan.

1.4.2  Menyelaras penetapan dan pelaporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di peringkat PPD.

1.4.3  Mengemaskini data Dashboard Prestasi PPD

1.4.4  Menyelaras penetapan sekolah dan bimbingan PGB oleh SIP+

1.4.5  Menyelaras penetapan sekolah dan guru yang dibimbing oleh SISC+

1.4.6  Pelaksanaan dan pelaporan Dialog Prestasi Daerah mengikut takwim

1.4.7  Menyedia maklum balas, ulasan dan laporan berkaitan DTP

1.4.8  Mengurus tindakan susulan dan penambahbaikan pelaksanaan DTP

1.4.9  Membuat penataran DTP di peringkat PPD

 

1.5      HASRAT PELAKSANAAN DTP:

1.5.1  Menggunakan data secara agresif

1.5.2  Melindungi masa instruksional pengajaran dan pembelajaran

1.5.3  Memperhebatkan sokongan kepada guru

1.5.4  Menyesuaikan sokongan dengan keperluan murid

1.5.5  Memberikan keutamaan kepada program yang menjurus kepada keberhasilan murid.

1.5.6 Mengujudkan penglibatan dan kerjasama ibu bapa, komuniti dan agensi lain.

Takwim Peperiksaan

UPSR : 11.9.2017
PT3 (Bertulis): 9.10.2017
SPM (Ulangan): Selesai
SPM: 6.11.2017
STAM (Lisan):  Selesai
STAM (Bertulis): 23.10.2017

 Peperiksaan-peperiksaan Lain

Prasarana

JSN Dome template designed by JoomlaShine.com