PIAGAM PELANGGAN

Kami Warga Pejabat Pendidikan Daerah Seremban Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Bagi :

1. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan  baharu dimulakan.
2. Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut perkiraan yang ditetapkan
3. Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan secara atas talian selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri
4.
Menempatkan kakitangan sokongan tidak lewat dari 3 hari bekerja setelah menerima bekalan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.
Memastikan semua permohonan dan tuntutan yang berkaitan kewangan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
6.
Menguruskan cadangan pengisian jawatan Pengetua/GuruBesar/Penolong Kanan dan Ketua Bidang dalam tempoh 3 bulan sebelum berlakunya kekosongan
7.
Memastikan setiap calon yang telah mendaftar ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan menduduki peperiksaan mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan
8.
Memastikan pelanggan sentiasa mendapat maklumat yang jelas dan tepat dengan menerima layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra
9.
Melaksanakan pengurusan aduan awam dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
10.
Sentiasa bersedia menerima cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

egerak

pgb

 

Media

Galeri Gambar


Galeri Video


Ulasan Buku


Aplikasi Utama

1GovUC (Emel Rasmi)


e-Gerak (Pergerakan Pegawai PPD)


e-Gerak (Pergerakan PGB)


SPL KPM (Rekod Kursus Pegawai)


e-KBKPKK (Pemantauan Pembayaran KBKPKK)


JSN Dome template designed by JoomlaShine.com