FUNGSI SEKTOR JAMINAN KUALITI


Fungsi Sektor Jaminan Kualiti mencakupi empat dimensi penyampaian :

1) Penyeliaan Mental Pendidikan

  • Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan modal insan.
  • Menggerakkan perubahan pemikiran supaya berfikiran terbuka,proaktif,kritis dan kreatif.

2) Mengekal JaminanPentaksiran dan Penilaian

  • Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pembelajaran sekolah.
  • Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid,iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan.
  • Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program profesional keguruan (Program Perkembangan Staf).
  • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan.
  • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.

3) Mengekalkan Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

  • Memberikan bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesional.
  • Mengekalkan dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruktional.
  • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.

4) Mengamalkan Penyelidikan

  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam melaksanakan dasar dan keputusan.
  • Melatih dan membimbng pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.

Pautan Agensi

Portal KPM HRMIS Majlis Peperiksaan Malaysia Portal Negeri Sembilan Portal Akauntan Negara Portal Mampu  Portal MDEC Portal Dewan Bahasa Dan Pustaka eduwebtv Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Aplikasi Utama

1GovUC (Emel Rasmi)


e-Gerak (Pergerakan Pegawai)


e-Direktori (Direktori Pegawai)


SPL KPM (Rekod Kursus Pegawai)


e-Takwim (Takwim Unit)


e-Bilik Mesyuarat (Tempahan Bilik Mesyuarat)


KBKPKK (Pemantauan Kontrak Kebersihan dan Keselamatan Sekolah)

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Hak Cipta Terperlihara 2017