OBJEKTIF SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM


  1. Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan murid yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.
  2. Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan murid berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.
  3. Meningkatkan kualiti pengurusan penempatan dan pertukaran pegawi perkhidmatan pendidikan (Pendidikan Islam) dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan Pendidikan Islam.
  4. Meningkatkan kualiti kemahiran dan ketrampilan guru Pendidikan Islam dan guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.
  5. Meningkatkan kualiti perkhidmatan sistem maklumat Pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.
  6. Meningkatkan kualiti hubungan dan kerjasama antara SPI dengan masyarakat, jabatan dan egensi dalam dan luar negeri secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.
  7. Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan IPA JPN sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan murid yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.
  8. Meningkatkan kualiti dan kecemerlangan IPA JPNNS bagi membolehkannya berperanan membentuk dan melahirkan modal insan yang cemerlang dan mampu mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam dalam kehidupan dan
  9. Meningkatkan kualiti dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan murid untuk membentuk keberkesanan Pendidikan Islam.

Aplikasi Utama

1GovUC (Emel Rasmi)


e-Gerak (Pergerakan Pegawai)


e-Direktori (Direktori Pegawai)


SPL KPM (Rekod Kursus Pegawai)


e-Takwim (Takwim Unit)


e-Bilik Mesyuarat (Tempahan Bilik Mesyuarat)


KBKPKK (Pemantauan Kontrak Kebersihan dan Keselamatan Sekolah)

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Hak Cipta Terperlihara 2017