Perkhidmatan Talian Internet Secara Interim Sekolah-sekolah di Negeri Sembilan

 

Tempoh Interim Perkhidmatan Internet di Sekolah-Sekolah (1/7/2019 - 31/12/2019)


Oleh yang demikian:-

 

1. Sekolah diingatkan untuk memuat turun semua bahan hak guru/sekolah dari VLEfrog.
2. PGB diharap untuk memaklumkan guru-guru supaya bertenang dan sabar jika sekolah menghadapi gangguan internet (connectivity) selepas tarikh 30 Jun kerana ianya merupakan transisi peralihan perkhidmatan internet daripada Bestari Net kepada internet service provider (ISP) yang lain. Masa transisi peralihan adalah 1 julai sehingga 31 disember 2019. Tiga provider yang diberi tanggujawab untuk perkhidmatan interim ini adalah:-


A. Celcom Axiata
B. Maxis
C. Telekom Malaysia


3. Semasa tempoh transisi peralihan iaitu mulai 1 Julai sekolah boleh menggunakan Google Classroom sebagai ganti. Sekolah juga dibenarkan menggunakan sebarang LMS (Learning Management System) yang lain atas risiko sendiri.
4. VLE Frog masih boleh digunakan tetapi tiada jaminan connectivity. LMS yang lain boleh digunakan tetapi PGB akan bertanggungjawab terhadap risiko atau liabiliti kesan daripada penggunaannya.
5. Sebarang Telefon/peranti lain yang dibekalkan sebelum ini oleh YES masih boleh digunapakai sehingga ada arahan terbaru.
6. JPN/PPD perlu memantau situasi connectivity ini terutama sekolah (+2000 sekolah) yang sememangnya menggunakan kemudahan VLE frog sebelum ini. Sekiranya ada sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan awal, sila maklumkan segera kepada semua pegawai ICT di PPD masing-masing.

 

Muat Turun >>> KENYATAAN MEDIA KPM PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DI SEKOLAH

Muat Turun >>> FAQ

 

 

 

Pautan Agensi

Portal KPM HRMIS Majlis Peperiksaan Malaysia Portal Negeri Sembilan Portal Akauntan Negara Portal Mampu  Portal MDEC Portal Dewan Bahasa Dan Pustaka eduwebtv Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Hak Cipta Terperlihara 2017