1BestariNet Teacher Award (1BNTA)


 

[1BNTA]

 

Sukacita dimaklumkan bahawa YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd berhasrat untuk  menganjurkan “1BestariNet Teacher Awards 2016 (1BNTA) ‘Celebrating 21st Century Teachers”. Anugerah ini telah dilansungkan sejak tahun 2014. Untuk tahun 2016 ini, pihak YTL akan menganjurkan majlis penyampaian anugerah bersempena bulan Hari Guru 2016. 

1BNTA “Celebrating 21st Century Teachers” diadakan adalah untuk memupuk daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru dan murid sekolah-sekolah kerajaan selaras dengan  konsep pembelajaran abad ke-21. Anugerah ini juga adalah satu platform penghargaan kepada guru-guru yang telah menyumbangkan idea dan inovasi serta pengetahuan dalam bidang pedagogi menggunakan elemen 5C dalam pendidikan untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid-murid di Malaysia.

 

 

Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

21 April 2016

 

 

Pautan Agensi

Portal KPM HRMIS Majlis Peperiksaan Malaysia Portal Negeri Sembilan Portal Akauntan Negara Portal Mampu  Portal MDEC Portal Dewan Bahasa Dan Pustaka eduwebtv Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Hak Cipta Terperlihara 2017